Malam semalam aku bawa kakak aku dengan anak serta suami dia pergi makan kat KFC sebab kakak aku yang tinggal kat k.l ada kirim duit supaya bawa kakak aku yang sorang ni pergi makan KFC. Best tgk gelagat anak-anak sedara aku ni makan sebab dah lama tak bawa pergi makan KFC la katakan. Makan banyak atau sikit tak penting tapi aku nak tegok ank buah aku ni gembira je. Teringat macam masa kecik dulu masa arwah ayah bawa aku pergi makan di KFC. Ini dia kakak aku Roslawati @ Auntie bagi panggilan untuk anak buah kami yang lain la.Di atas riba dia adalah anak bongsunya Ahmad Dameer yang di lahirkan pada 30.04.2009.
Ha ni dia mak bonda aku tengah makan ayam tu sampai terlopong ternganga sedap kut makan ayam tu. Kat tepi mak aku ni adalah abang ipar aku Rosli @ Abe lee or Uncle itu yang semua anak sedara panggil.
Ha ni dia anak sedara aku yang mana anak no 2 kak aku nama dia Ahmad danish. Kuat makan tu dan juga kuat merengek dengan ayah dia sampai nak buat kerja pun tak dapat. Danish dapat habiskan 2 ketul ayam banyak la kira tu bagi budak kecik macam dia.
Yang ini anak sulong kakak gua nama dia Ahmad danial. Semua anak akak aku lelaki belum ada rezeki nak dapat anak perempuan lagi. Malam tu si Danial ni pun makan sampai 2 ketul gak ayam tapi dia juga suka makan kentang putar dan sayur coeslaw penuh pinggan dia makan. di buatnya macam makan nasi kelakar tengok 2 beradik tu makan.
Ini dia si Danish the menish hahaha memeng perangai dia macam dalam watak kartun Danish the menish tu. Memang suka aku tegok anak buah aku gembira lega rasa..... tapi yng penat aku la sebab aku yang kena bawak kereta pastu hehehe
NASI DAGING UTARA
-
Assalamualaikum.. Hari ni kita baru sempat nak updet menu istimewa sempena
besday Anakanda Sri & Adam yg dimasak baru-baru ni. Pestaim kita masak Nasi
...
1 month ago