CLICK FLAG TO TRANSLATE YOUR LANGUAGE

Saturday, July 4, 2009

BAWA ANAK BUAH MAKAN KFC

Malam semalam aku bawa kakak aku dengan anak serta suami dia pergi makan kat KFC sebab kakak aku yang tinggal kat k.l ada kirim duit supaya bawa kakak aku yang sorang ni pergi makan KFC. Best tgk gelagat anak-anak sedara aku ni makan sebab dah lama tak bawa pergi makan KFC la katakan. Makan banyak atau sikit tak penting tapi aku nak tegok ank buah aku ni gembira je. Teringat macam masa kecik dulu masa arwah ayah bawa aku pergi makan di KFC. Ini dia kakak aku Roslawati @ Auntie bagi panggilan untuk anak buah kami yang lain la.Di atas riba dia adalah anak bongsunya Ahmad Dameer yang di lahirkan pada 30.04.2009.



Ha ni dia mak bonda aku tengah makan ayam tu sampai terlopong ternganga sedap kut makan ayam tu. Kat tepi mak aku ni adalah abang ipar aku Rosli @ Abe lee or Uncle itu yang semua anak sedara panggil.
Ha ni dia anak sedara aku yang mana anak no 2 kak aku nama dia Ahmad danish. Kuat makan tu dan juga kuat merengek dengan ayah dia sampai nak buat kerja pun tak dapat. Danish dapat habiskan 2 ketul ayam banyak la kira tu bagi budak kecik macam dia.


Yang ini anak sulong kakak gua nama dia Ahmad danial. Semua anak akak aku lelaki belum ada rezeki nak dapat anak perempuan lagi. Malam tu si Danial ni pun makan sampai 2 ketul gak ayam tapi dia juga suka makan kentang putar dan sayur coeslaw penuh pinggan dia makan. di buatnya macam makan nasi kelakar tengok 2 beradik tu makan.

Ini dia si Danish the menish hahaha memeng perangai dia macam dalam watak kartun Danish the menish tu. Memang suka aku tegok anak buah aku gembira lega rasa..... tapi yng penat aku la sebab aku yang kena bawak kereta pastu hehehe

Monday, June 29, 2009

PEMANDANGAN DI SUNGAI GANGGA INDIA

Andai kamu semua pernah menonton filem Slumdog Millionaire pasti kamu terkejut dengan pemandangan di sungai Gangga yang di anggap suci oleh rakyat India. Di situ tempat mereka mandi dan bersuci tetapi di situ juga tempat mereka membakar mayat.
Di sini bagi ahli keluarga yang mampu untuk membakar mayat ahli keluarga yang telah mati mereka akan membakarnya tetapi bagi yang tidak mampu mayat itu akan di hanyutkan sahaja. Semua pemandangan ini telah biasa di pinggir Sungai Gangga di India.
Cuba lihat gambar di atas mayat di bakar di tepi sungai sahaja. Bagi gambar di bawah anda akan melihat rakyat india biasa sahaja mandi bersama mayat yang di buang ke dalam Sungai Gangga dan terapung di permukaan....Apa reaksi kita jika kita melihat ini semua? Amat jijik dan mesti kita fikir akan bau mayat reput ini.
Setelah hanyut kerana terapung anda pasti akan dapat melihat mayat-mayat ini akan tersadai di tepi sungai untuk mereput tapi ini sudah menjadi panorama yang biasa di Sungai Gangga India.
Lihatlah ada sesetengah mayat ini akan di makan oleh anjing liar yang lapar dan ada juga yang akan di makan oleh burung.................apa reaksi anda? kotor bukan?
Lihat gambar di bawah ini mayat ini terus terdampar di tangga Sungai Gangga dan di penuhi lalat-lalat maka reputlah mayat itu di situ
BAYANGKAN SEMU INI BERLAKU DI TEMPAT KITA? APA YANG ANDA FIKIR? DALAM FILEM SLUMDOG MILLIONAIRE HANYA SEDIKIT DI TUNJUKAN KEKOTORAN BAGAIMANA JIKA PENGAMBARAN DI BUAT DI KAWASAN SUNGAI INI?.....

Monday, May 25, 2009

PERJALANAN HIDUP INI MASIH JAUH........


Kini perjalan yang akan kita tempuhi dalam mengharungi kehidupan masih lagi jauh dan entah di mana penghujungnya...walaupun setiap insan pasti ada penghujung kehidupan iaitu mati....tetapi adakah setiap insan di dunia ini takut akan mati? ya pasti semua akan takut bila memikirkannya termasuklah diriku juga....
Kehidupan yang kita harungi setiap hari penuh dengan dugaan, cabaran, kegembiraan dan juga kesedihan. Segalanya ini akna kita tempuhi dengan penuh semangat dan kuat kerana orng yang lemah adalah orang yang berputus asa. Semua ini akan lebih mematangkan lagi pemikiran kita dalam menempuh hari-hari yang akan datang sehinggalah kita menghembuskan nafas kita yang terakhir....
Dalam dunia tiada yang sempurna bagi setiap makhluk yang wujud pasti ada yang melakukan kesilapan walaupun sebesar zarah sekalipun tanpa di sedari ataupun dengan sengaja...
Cuba renungkanlah perjalanan hidup yang akan kita tempuhi ini masih jauh ataupun sudah dekat tapi itu semua tiada siapa yang tahu kerana ajal maut semua di tangan tuhan....Bagi yang berumur panjang maka masih jauh lagi perjalanan hidupyang harus di tempuhi tetapi bagi yang singkat usianya tiada lagi perjalanan di dunia kecuali perjalanan kehidupan di alam kubur...

RENUNG-RENUNGKANLAH SEMUA.......

Thursday, March 5, 2009

MAAF PADA SEMUA RAKAN2

pertama sekali aku mohon maaf pada semua kerana sudah terlalu lama aku tidak update blog aku dengan bahan2 baru @ cerita terbaru untuk di kongsi bersama rakan2 di dunia cyber ini. banyak sgt hal yang perlu aku selesaikan skrg ni. di tambah pula dengan rangkaian internet yang lembab juga salah satu faktor aku xdapat nk kongsi cerita terbaru.
tapi jgn risau after this mngkin xbz dah..... adios yooo it time to ho hop

Saturday, January 31, 2009

MAKIN HARI MAKIN BERUSIA

Sekarang usia kita semakin meningkat dari seorang bayi kepada kanak-kanak dan dari kanak-kanak menjadi remaja. Bermula dari remaja kita meningkat kealam dewasa dan akhirnya menjadilah kita warga tua takkira lelaki ataupun wanita. Bagi mereka yang telah menjadi warga tua maka bersyukurlah kerana tuhan telh panjangkan umur mereka dan janganlah melakukan sesuatu yang boleh memusnahkan hidup ini an amal yang di lakukan.
Kehidupan seorang bayi adalah yang sempurna andai di takdirkan pergi lebih awal mengadap Yang Maha Esa kerana sewaktu masih bayi tiada lagi dosa yang di lakukan makasyurgalah tempat mereka. Tidak seperti kita yang telah berusia semakin lanjut ini makatentu kita telah melakukan kesilapan yang taksepatutnya kita lakukan kerana setiap makhluk tuhan yang bernama manusia ini tidak akan lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.
Aku juga mengaku yang aku juga tetap melakukan kesilapan dan larangan yang di tegah oleh ajaran islam. Meninggalkan solat lima waktu itu juga dikira dosa itu yang paling ringkas tapi apapula dosa melakukan maksiat ada kita fikir itu semua. Sedarlah kita usia kita kini semakin tua dan tidak akan menjadi muda lagi kerana masa tidak akan undur kembali untuk kit mengubah segala yang telah kita lakukan.
Semakin tua semakin banyak kesilapan yang akan kita lakukan tapi ada kita sedar? Mungkin ada yang kita sedar kesilapan yang di lakukan itu tapi mungkin ada juga yang kita tidak sedari kesilapan yang kita lakukan itu suatu dosa yang besar yang kita tidak perasan.
Semakin berusia semakin tua umur kita dan semakin kita menjadi lupa dan nyanyuk tapi semua itu ada kita sedar. Usia aku kini hampir 25 tahun tapi kini aku juga kadang-kadang telah menjadi pelupa sehinggakan letak kunci motor pun dalam masa 5 minit boleh aku terus lupa letak dimana. Aku juga semakin tua sekarang? aku masih muda oh mungkin tidak.....
Aku semakin tua dari hari ke hari......

Saturday, January 17, 2009

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk?Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata ''Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.'' Lalu sambil berkata, ''Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini.'' sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara.


Siapakah orang yang miskin? Orang yangmiskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang telah sampai usia pertengahan namum masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yanga paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan di perluas seperti saujana mata memandang.

Siapakah yang mempunyairumah yang paling sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyaii rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya hinggakan tulang rusuknya bersilang dari kiri ke kanan.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa api neraka.

Siapakah orang yang kedekut? Orang yang kedekut adalah orang yang membiarkan atau tidak membaca posting ini malh tidak menunjukkan juga pada orang lain.

Tuesday, January 13, 2009

KALU DAH DEBER GAK



Ni dia kalu nak tegok ore deber gak kena gomo la kalu dah deber gak . biasa kita tengok ore deber ni kita tengok kucing hok deber plok sebab tiap2 hari duk gomo tepi kedai aku so sampai ari tu aku terfikir nak rakam la plok blh kongsi ngan orang ramai tengok kucing gomo.


Bayangkan setiap hari kucing ni duk bergomol tepi kedai akui sampai terpaksa gak aku hambat la takut gak dia mai gomol dalam kedai aku so saksikanlah perlawanan yang terhebat kui kui kui

MASA DERMA DARAH




ok ni dia gambar masa aku pergi derma darah pada 11/o1/2009 di hospital lati pasir mas kelate. Ini adalah kali yang ke -6 aku derma darah. Masa tu memang ramai orang yang pergi derma darah tu..... Ada yang dah biasa derma dan ada juga yang pertama kali datang untuk derma daraah.
Xperlu rasa takut untuk derma darah nih sebab bukan sakit pun cuma rasa macam di gigit semut jah masa dicucuk jarum tuh..... banyak kebaikan derma darah nih sebab badan jadi lebih sihatb sebab darah kita ni tukar darah baru setiap 3 bulan sekali kita derma darah.....
SO DONT TAKUT2 DERMA DARAH TOOOOOOOOOOOWW











Saturday, January 10, 2009

DO YOU BELIEVE IN GHOST?

Arghhhh....so tension now to think about ghost..... Do you believe in ghost for me just dont know to believe or not in ghost that real or not.... dont be scare ahahaha...... last night sebenarnya aku memang dah kena kacau kat spesis yang people panggil ghost nih.nak kata seram tu memang ler seram sebab apo nak tau masa aku baru je nak tersleep la tiba2 je ada nampak one black hand ni dah melekat kat muka ako...so that time memang ako dah xdapat nak talk sbb my mouth dah terkunci beb...........maka cuba nak scream la konon xkua sore...jadi kua arg eik uh kher apo bnda aku pun xfhm la....
pastu my mom tersedar sebab dia bangun nak solat di tgh mignight tgok ako macam dah kena sawan la atas kusi panjang kat ruang tamu tuh kaki dapat gerak sebelah je masa tuh gara2 kena pegang dek the scary ghost hahahaha.....aku nampak mak ako tapi xdapat wat pe pun aku cuba gak nak baca ayat2 suci nih tapi xdapat lak mulut dah terkunci waktu pehhhbaca dalamhati je la huhuhuhu...
lepas tu lega bila mak ako pegang aku baru la benda tuh lepas aku kui kui....ako rasa mgkin sebab ako xbasuh kaki nak tido kot hehehehe....sebabnya ako ada kua umah dalam puko 2 pg semalm sebb moto ako masih kat luar umah masa tuh hehehe....ako bangun terus wak masuk moto atas umah hehehe.....
dalam bulan lepas aku memang dah kena tau sebab masa tu dalam puko 3 pagi ako n kawan ako pegi tepi sungai sebab masa tu air sungai tgh naik ako gi sebab perahu kawan ako ni dah tenggelam sebb air naik cepat ni kira pegi tempat yg ako xpnah sampai la. balik umah dlm puko 4.30 pg & dalam puko 4.45pg ako bunyi krusi kat ruang tamu ako bergetar kuat bebbb...macam orang hentak akun tnya mak ako sebab dia pun dgr gak apo lagi aku kua tgok ler dalam gelap memang bunyi kerusi tu bergetar sndri.....lepas ako buka lampu baru ok dah xkua bunyi da trus brenti takut beeeeeeeeeeeeebbbbbbbb seram sejukkkkkkkkkkkk

Friday, January 9, 2009

GENAP SUDAH 15 TAHUN PEMERGIAN ARWAH AYAHNDA TERCINTA

Al-fatihah buat ayahnda ku yang tercinta Hassan Bin Haji Dolah 9/01/1994. Hari ini genap sudah 15 tahun pemergian ayah ku yang aku sayangi. Begitu cepat masa berlalu tanpa ku sedari bagaikan hanya 15 hari setelah pemergiannya. Waktu itu aku baru sahaja berumur 10 tahun dan masih lagi tidak mengerti lagisemua ini.
Ayah ku pergi akibat sakit kencing manis dan juga darah tinggi. Setelah terlantar sakit hampir seminggu dia pergi jua meninggalkan kami semua. Waktu itu aku berada di sekolah ketika abang aku datang menjemput sedangkan waktu itu belum lagi waktu pulang. Aku merasa pelik kenapa dia datang jemput aku pulang. Aku ingat ayahku di masukkan kedalam wad.
Sangkaan aku meleset rupanya ayahku kini dalam keadaan tenat. Setelah sampai di rumah dalam puko 12.45 tghari aku hanya terpinga2 kerana telah ramai orang yang sedang membaca yasin mengelilingi ayahku yang waktu itu dalam keadaan nazak. Aku hanya mampu berdiri di beranda rumah aku bingung waktu itu.
Aku di panggil olehn kakak ku yang sulong datang dekat dengan arwah ayahku yang waktu sedang tenat pada waktu itu baru aku faham setelah kakakku memberitahu yang ayah akan meninggalkan kami semua. Aku menangis semahunya waktu itu dan sempat memohon ampun dari ayah yang tercinta. Tepat jam 2.30 petang ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Sejak itu hidupku mula berubah kerana aku tidak dapat lagi merasa kasih sayang dari insan yang bergelar ayah. Umurku terlalu baru lagi waktu itu belum puas lagi aku merasa kasih sayang dari ayah.

LOVE U & MISS U SO MUCH DAD.