CLICK FLAG TO TRANSLATE YOUR LANGUAGE

Saturday, January 31, 2009

MAKIN HARI MAKIN BERUSIA

Sekarang usia kita semakin meningkat dari seorang bayi kepada kanak-kanak dan dari kanak-kanak menjadi remaja. Bermula dari remaja kita meningkat kealam dewasa dan akhirnya menjadilah kita warga tua takkira lelaki ataupun wanita. Bagi mereka yang telah menjadi warga tua maka bersyukurlah kerana tuhan telh panjangkan umur mereka dan janganlah melakukan sesuatu yang boleh memusnahkan hidup ini an amal yang di lakukan.
Kehidupan seorang bayi adalah yang sempurna andai di takdirkan pergi lebih awal mengadap Yang Maha Esa kerana sewaktu masih bayi tiada lagi dosa yang di lakukan makasyurgalah tempat mereka. Tidak seperti kita yang telah berusia semakin lanjut ini makatentu kita telah melakukan kesilapan yang taksepatutnya kita lakukan kerana setiap makhluk tuhan yang bernama manusia ini tidak akan lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan.
Aku juga mengaku yang aku juga tetap melakukan kesilapan dan larangan yang di tegah oleh ajaran islam. Meninggalkan solat lima waktu itu juga dikira dosa itu yang paling ringkas tapi apapula dosa melakukan maksiat ada kita fikir itu semua. Sedarlah kita usia kita kini semakin tua dan tidak akan menjadi muda lagi kerana masa tidak akan undur kembali untuk kit mengubah segala yang telah kita lakukan.
Semakin tua semakin banyak kesilapan yang akan kita lakukan tapi ada kita sedar? Mungkin ada yang kita sedar kesilapan yang di lakukan itu tapi mungkin ada juga yang kita tidak sedari kesilapan yang kita lakukan itu suatu dosa yang besar yang kita tidak perasan.
Semakin berusia semakin tua umur kita dan semakin kita menjadi lupa dan nyanyuk tapi semua itu ada kita sedar. Usia aku kini hampir 25 tahun tapi kini aku juga kadang-kadang telah menjadi pelupa sehinggakan letak kunci motor pun dalam masa 5 minit boleh aku terus lupa letak dimana. Aku juga semakin tua sekarang? aku masih muda oh mungkin tidak.....
Aku semakin tua dari hari ke hari......

4 comments:

Sis Lin said...

ye la,semakin thn semakin tua la...huwaaa,rase nye zaman berlalu cepat betul kan,byk lg kesilapan belum di tebus,byk lg impian belum di kecapi...huk3

Anonymous said...

kalau korang kata korang dah tua, macam akak ni panggil apa yer..'kertu' ke..? He..he..

Fyzue said...

baru 25 thn...campur lg antara keremajaan dan kedewasaan..

Anonymous said...

yang penting janganlah membuang buang waktu :)