CLICK FLAG TO TRANSLATE YOUR LANGUAGE

Wednesday, December 31, 2008

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ABANG YANG TERCINTA

Al-Fatihah buat abang aku yang tercinta HUSDI BIN HASSAN. Kini telah genap 7 tahun pemergian arwah abang aku 31.12.2001. Baru macam semalam saja dia bersama kami sekeluarga tiba2 dia telah di panggil untuk mengadap Yang Maha Esa terlebih dahulu kerana Tuhan lebih sayangkan dia lagi. Tak sangka dari hanya nampak seperti mendapat demam biasa rupanya dia telah kena janglitan demam kepialu yang mana nampak seperti demam selesema sahaja.
Setelah seminggu dia berada di hospital demam dia tidak berubah kerana jangkitan kumam telah merebak ke seluruh badan doktor telah mengarahkan dia di bawa pulang itupun atas permintaan abang aku sendiri.
Tahun itu aku baru sahaja menghadapi peperiksaan SPM tak sangka baru saja seminggu menyambut hari raya Aidilfitri aku akan kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata sahaja.
Pada pagi di hari akhir hidup abangku dia meminta supaya aku memandikan beliau yang mana xpernah pun dia meminta aku berbuat demikian. Aku begitu rasa pelik sekali waktu dalam hati tertanya2 kenapa? tak sangka itulah kali pertama aku memandikan dia dan terakhir. Sebelum memandikan dia aku telah melihat sesuatu yang aneh kerana pada waktu itu kaki abang aku dari paras lutut hingga ke hujung jari kaki amat pucat dan terlalu sejuk sangat bila aku menyentuhnya pada waktu itu juga aku terlintas di hati ''adakah abang aku akan meninggalkan aku selama-lamanya'' aku terlalu takut sekali waktu itu.
Ketika sedang memandikan dia pagi itu, dia sempat lagi memesan kepadaku supaya menjaga ibu aku yang sudah tua dan menjual tebu yang dia tanam kerana dia tidak sempat pun lagi menjualnya. Selepas mandikan dia pok nik datang (abg aku juga) sekali lagi abang aku pesan agar tebu yang dia tanam biar aku yang uruskan semua kerana itulah shaja harta yang dia ada untuk di tinggalkan kepada aku itulah wasiat terakhir beliau.
Tak sangka pada petang itu dalam puko 4 aku ada di rumah pok nik anak saudara aku datang memberitahu yang abang aku kini tenat bagaikan tidak percaya sama sekali kerana pagi itu aku sudah merasakan suatu yang pelik kini telah terjadi. Terus aku bergegas pulang bersama pok nik dalam perjalanan pulang terus aku telefon kepada abang dan kakak aku yang berada di kuala lumpur dan tidak sangka kerana memang mereka semua telah berpakat untuk pulang malam itu sebab nak balik jumpa dengan abang aku tapi rupanya hanya untuk menatap wajah kaku seorang abang tercinta sahaja. Dalam keadaan sedang nazak abang aku sempat meminta untuk makan buah betik yang di tanamnya dan pada waktu memang ada buah yang masak di pokok. Tak sangka kerana telah lama dia terlantar di katil tapi dia tahu ada buah betik masak itulah kerja Yang Maha Esa. Dia sempat makan separuh dr buah betik itu. Pada puko 4.30 petang 31.12.2001 abang aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Keesokan harinya juga aku teruskan menitiskan air mata aku di kebun tebu yang arwah abang serahkan padaku kerana aku ternampak2 dia sedang membuat kerja di kebun. Selama seminggu aku menangis setiapkali aku melihat kebun tebu kerana rindu pada gurauan dan senda tawanya ketika aku bersamanya.
Aku juga menangis ketika aku mengarang kini coz i realy miss my bro a lot. That why i call myself THE TEBU BOY.

AL- FATIHAH 4 PAK DO

9 comments:

Mr. Sham@poksey said...

Abang pun sebak bila membaca tulisan mu ni dik... Ya, abang masih ingat masa tu abang bersiap nak balik kampung berjumpa dengan Pak Do'. Tapi apakan daya. Adk E call bgtau Pak Do dah tiada... Macam tak percaya... Ofis abang yang bising masa tu terus senyap seketika...

School Of Tots said...

Assalamualaikum, dapat saya rasakan apa yg TebuBoy nak sampaikan. Itulah suratan yg telah terpahat di atas sana. Ajal maut ini sudah ditentukan. Yang lain hanya penyebab saja. Doakan supaya Allah mengampunkan segala dosa untuk PakDo dan selesakan hidupnya di Alam Kubur itu. Teruskan tanaman tebu tinggalan arwah itu. Sedekahkah sedikit air tebu untuk jiran2 setiap kali memesennya. Semoga menjadi kebajikan. Dan sedekahkan pahala bacaan surah2 lazim setiap hari kepadanya. Itulah yang mampu kita bantu sebagai tanda sayang. Wassalam.

hologramisfera said...
This comment has been removed by the author.
hologramisfera said...

al-fatihah..
yg mula tentu ada akhirnya.
yg datang,tentu ada pergi..
redha n semoga dea ditempatkan dkalangan hamba-hamba Allah yg soleh.
amin ya rabbal alamin

SaifulBashrie said...

al-fatihah utk arwah,
moga arwah dimuliakan di sisi Allah dan diletakkan dikalangan orang yg beriman.Amin

uncle sam said...

sama2 kita mendoakan arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.. al-fatihah..

pink_butterfly said...

al fatihah utk arwah abg awk tu...

salam takziah jugak,
really feel da pain... smoga dia dtempatkan bsama org2 beriman...

be strong,okay!

MOHD RUSDI ABDULLAH said...

alfatihah....memang perit untuk ditelan tapi yang pergi tetap akan pergi, kerna itulah janji yang Maha Esa...yang hidup pastikan mati...hanya kita di dunia perlu meneruskan kehidupan...

Anonymous said...

al fatihah~ mg roh nya diberkati Yang Maha Esa