CLICK FLAG TO TRANSLATE YOUR LANGUAGE

Wednesday, December 31, 2008

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ABANG YANG TERCINTA

Al-Fatihah buat abang aku yang tercinta HUSDI BIN HASSAN. Kini telah genap 7 tahun pemergian arwah abang aku 31.12.2001. Baru macam semalam saja dia bersama kami sekeluarga tiba2 dia telah di panggil untuk mengadap Yang Maha Esa terlebih dahulu kerana Tuhan lebih sayangkan dia lagi. Tak sangka dari hanya nampak seperti mendapat demam biasa rupanya dia telah kena janglitan demam kepialu yang mana nampak seperti demam selesema sahaja.
Setelah seminggu dia berada di hospital demam dia tidak berubah kerana jangkitan kumam telah merebak ke seluruh badan doktor telah mengarahkan dia di bawa pulang itupun atas permintaan abang aku sendiri.
Tahun itu aku baru sahaja menghadapi peperiksaan SPM tak sangka baru saja seminggu menyambut hari raya Aidilfitri aku akan kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata sahaja.
Pada pagi di hari akhir hidup abangku dia meminta supaya aku memandikan beliau yang mana xpernah pun dia meminta aku berbuat demikian. Aku begitu rasa pelik sekali waktu dalam hati tertanya2 kenapa? tak sangka itulah kali pertama aku memandikan dia dan terakhir. Sebelum memandikan dia aku telah melihat sesuatu yang aneh kerana pada waktu itu kaki abang aku dari paras lutut hingga ke hujung jari kaki amat pucat dan terlalu sejuk sangat bila aku menyentuhnya pada waktu itu juga aku terlintas di hati ''adakah abang aku akan meninggalkan aku selama-lamanya'' aku terlalu takut sekali waktu itu.
Ketika sedang memandikan dia pagi itu, dia sempat lagi memesan kepadaku supaya menjaga ibu aku yang sudah tua dan menjual tebu yang dia tanam kerana dia tidak sempat pun lagi menjualnya. Selepas mandikan dia pok nik datang (abg aku juga) sekali lagi abang aku pesan agar tebu yang dia tanam biar aku yang uruskan semua kerana itulah shaja harta yang dia ada untuk di tinggalkan kepada aku itulah wasiat terakhir beliau.
Tak sangka pada petang itu dalam puko 4 aku ada di rumah pok nik anak saudara aku datang memberitahu yang abang aku kini tenat bagaikan tidak percaya sama sekali kerana pagi itu aku sudah merasakan suatu yang pelik kini telah terjadi. Terus aku bergegas pulang bersama pok nik dalam perjalanan pulang terus aku telefon kepada abang dan kakak aku yang berada di kuala lumpur dan tidak sangka kerana memang mereka semua telah berpakat untuk pulang malam itu sebab nak balik jumpa dengan abang aku tapi rupanya hanya untuk menatap wajah kaku seorang abang tercinta sahaja. Dalam keadaan sedang nazak abang aku sempat meminta untuk makan buah betik yang di tanamnya dan pada waktu memang ada buah yang masak di pokok. Tak sangka kerana telah lama dia terlantar di katil tapi dia tahu ada buah betik masak itulah kerja Yang Maha Esa. Dia sempat makan separuh dr buah betik itu. Pada puko 4.30 petang 31.12.2001 abang aku menghembuskan nafas yang terakhir.
Keesokan harinya juga aku teruskan menitiskan air mata aku di kebun tebu yang arwah abang serahkan padaku kerana aku ternampak2 dia sedang membuat kerja di kebun. Selama seminggu aku menangis setiapkali aku melihat kebun tebu kerana rindu pada gurauan dan senda tawanya ketika aku bersamanya.
Aku juga menangis ketika aku mengarang kini coz i realy miss my bro a lot. That why i call myself THE TEBU BOY.

AL- FATIHAH 4 PAK DO

Tuesday, December 30, 2008

SUDAH PENAT GUA MENCARI

Sudah penat aku berjalan terjumpa air mahu togok hahaha.... macam nyanyi lagu XPDC lak... Fuhhh memang membuatkan aku ni penat sangat dah masuk 2 ari aku cube mencar sesutu yang memang susah nak dapat nih. Semalam aku pegi kat bandar Pasir Mas je nak cari satu benda elektronik yang di panggil cip... tapi hampa sebab yang aku nak ni xdok rupanya dah la uje hbs basah aku.
Arini aku cuba pulak datang ke bandar K.B sebab tokey cina tu cakap '' kawan lu pigi cari itu cip aaa... dekat K.B laaa... itu depan aaaaaa... Bank BSN''. Ini ali a.... gua terus pigi la itu tempat apek cakap tapi a.... memang hampa jugak lo.... manyak2 keda elektronik satu pun tarak cip yang gua mau tu. Dah la arini uje jugak basah jugak aku. Habis kedai elektronik aku tanya.
Memang capek gue berjalan tadi dalam ujelagi sebab nak cari cip untuk player DVD yang gue nak baiki sebab yang rosak ckit je cuma sound xkua gara2 dia punya cip for sound dah rosak.....
Ini macam xdapat gak aku nk repair kawan aku punya so sori bro.... i try my best.




AKU AKAN UPLOAD IMAGE KEMUDIAN EK

Monday, December 29, 2008

MEMANG MALANG BAGI AKU & FRENS

Hari ini memang malang buat aku dan kawan-kawan aku kerana sesuatu perkara yang tak patut belaku telh berlaku pada aku dan juga kat kawan aku la. Petang tadi aku dengan 3 orang geng aku ni sibuk nak pegi ke bandar Kota Bharu. Aku memang dah janji ngan kawan nak pegi petang ni mulanya planning nak pegi dengan moto je tapi disebabkan dek kerana cuaca yang xmengizinkan hujan turun sejak pagi sampai ke petang dari nak pergi ngan mato terpaksa la pergi ngan kereta kawan aku si Napi.
Sebelum pergi ni kawan ako si Jidin ni dah datang umah aku la dulu datang nak main PS2 kat umah aku la sebab aku ada game ni. Dia ni kuat main games xmacam aku nih yang xberapa sangat tapi minat ka gak hehehe......Dah dekat nak masuk petang tu memang uje ni turun very heavy la sangat. Si Ropi pun tella kat aku & Jidin ni lagipun dah sampai masa kitaorang nak tolak pergi K.B . Kami terpaksa g petang sebab si Napi ni keja kira lepas time keja la pegi ni dalam puko 6 lebih dah gak.
Masa aku sampai umah Ropi ni ada la sebua pacuan 4 roda ni duk depan umah dia , aku ingat apo rupanya orang tu silap isi minyak nak diesel tapi di isinya petrol nasib baik tak meletop si kereta tu mula tu aku ingat tangki keto dia tu pecah ko apo. mujo ok lepas buang semua minyak yang dah tercampor tu. Lepas ketotu blah dari garaj umah Ropi terus je kami berangkat ko K.b sebabnya ropi nak g beli hp baru. SONY ERICSON K850i.
Bermulanya episod malang buat aku n kawan2 la ni. Banyak yang kami bualkan la dalam keta ni haha macm2 hal la dari yang bagus sampai ko benda tang ****** biasa ler hehehehe. Masa nak sampai kat K.B ni kira dekat dah ler masuk je lepas trafik light Kampung Sireh dekat ngan cabang nak masukko pasaraya Tesco betul2 depan trafik light ninkereta si Napi tiba2 je mati ingat biasa je tapi mati xnk hidup aduh ,malu beb depan trafik light turun tolak. Dah la tolong orang yang salah isi inyak akhirnya aku & geng pun kena keto meragam.
Tapi hajat Ropi tetap tercapai dapat gak dia beli hp dia tu lagipun dekat je dalam 500 meter je ngan K.B Mall keta rosak. Tolak keta tepi apo lagi g shopping ler hehehehe... mujo la Nipa abng & juga sedara kembar Napi ni datang tarikketa tapi dah lewat la dalm puko 12 tghmlm penet gak la kena tolak keta tu 2,3 kali gak huhuhuhuhuh.. malu tu meme arrrrrrr

Saturday, December 27, 2008

PENANTIAN PENUH PENYIKSAAN

Setiap permulaan sesuatu perkara itu mesti akan ada penamatnya atau pengakhirannya seperti ju wujud suatu penyiksaan terhadap suatu yang kita tunggu setiap masa, saat dan ketika. Maka tidak hairanlah segala yang kita kecapi di dunia ini adalah pemberian ALLAH S.W.T yang mana semua ini tidak kekal untuk kita kecuali amal ibadat yang akan kekal dengan restu yang Maha Esa. Tidak ada apa yang patut kita nantikan lagi di dunia ini kecuali melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Kini aku melihat terlalu ramai manusia di muka bumi ini menantikan sesutu yang akan membuatkan mereka terseksa dengan penantian yang tidak kunjung tiba kerana atas kelalaian mereka sendiri dalam mengejar kebendaan sehingga lupa pada tanggunjawab yang di berikan supaya taat dan patuh pada ajaran ALLAH S.W.T. Mana semua pergi ajaran dan didikan agama yang diberikan pada kita sejak dari dalam perut ibu lagi telah didengarkan oleh si ibu ayat-ayat suci Al-Quran agar kita ini menjadi manusia yang berguna di atas muka bumi ini untuk mentaati ajaran Islam benar bukan ajaran sesat seperti AJARAN AYAH PIN, HAJI KAHAR YANG MENGAKU RASUL. Mereka yang mengikut ajaran ini mungkin telah menanti sesuatu yang tidak kunjung tiba seperti PENANTIAN YANG PENUH PENYIKSAAN.......
Begitu terseksa jika kita menanti sesutu yang tidak kunjung tiba dek kerana janji-janji manis dari mulut yang berbisa.Bagi yang tersedar belum terlewat tapi bagaimana pula yang telah menutup kedua belah mata mereka dan tidak lagi melihat dunia ini? Maka PENANTIAN MEREKA INI PENUH DENGAN PENYIKSAAN di alam yang kita tidak dapat melihat.........

Wednesday, December 24, 2008

NEW PSP-2001XMD SLIM
















Selepas puas aku meronda satu bandar k.b aku pk apo lagi yang yang aku nak ye..? so semasa tegah rouund tu aku pun pegi kat keda jual games so tertengok la model PSP 2000 SLIM terus aku tnya la haga dia berapa. ni kira servey haga la jugak. mula2 dengar tu terkezut gak la haga dia tu. ada yang haga RM699 tu pun blom lagi yang complete set la baru PSP belum masuk ngan memori lagi.
kalu yang recond complete set cuma RM800 lebih je tapi memori kecik jah cuma 2GB. kalu yang terbaru nih model limited la kalor biru haga dia dalam RM1100 & yang ni cuma memori 1GB je nak yang memori besar kena tambah duit ler. kalu yang limited ni dia bagi 1 cd games ori NFL 09 & satu cd movies pasal NFL. Ada la 2 kedai aku servey.
Pada esoknya terus aku pegi semula kat kedai tu & terus aku beli model yang limited nih & aku ambik memori 8GB yang berharga RM299 tapi jd murah ler bila aku ambik dalam pakej yang dia sediakan. siap dengan sarung housing, tinted skrin PSP aku sekali. semua sekali aku habis la Rm1200. kira murah la nih.

KAD FROM MISS FATEEN

Thank for miss fateen for your B.E.U.T.Y.F.U.L.L kad & it verry nice. this is first kad i get huhuhu. Yoo... It Hooo Hop time to rock with you all. thank so much fateen.

PESTA PC DI K.B MALL

Ini adalah pc fare dekat kb mall pada 20/12/2008 tapi masa aku pegi tu dah lewat kerana dah masuk hari yang last dah masa tu. barang pun banyak yang dah habis. aku tengok je barang yang di jual servey haga la konon tapi memang mahal la aku tengok.
but it ok biasa le ore nego mesti nak untung. aku pun kalu nega nak untung gak hehehe...
yang paling banyak di jual adalah laptop je aku pun dah laptop so naktegok pun ntah rasa malas je jadiambik gambar la wat masuk sini



















JIDIN MENKOPAAA DIRINYA
























INILAH DIA ANTARA ADENGAN JIDIN KAWAN KU SEMASA LORI YANG DIA PANDU TERLEKAT DIDEPAN RUMAH ORANG YANG DIA PEGI HANTAR BATU KUARI. AKIBAT KEADAAN TANAH DI DEPAN TUAN RUMAH YANG LEMBEK MYEBABKAN TAYAR LORI JIDIN NI TENGGELAM.TERPAKSALAH PANGGIL KERETA SODOK (ORE KELATE SEBUT) UNTUK TARIK KELUAR LORI JIDIN NIH. MAKA HABIS ROSAK DEPAN UMAH ORANG TU. DAH LA DEPAN GARAJ KETA TUAN UMAH LORI JIDIN NI LEKAT.JIDIN (YANG PAKAI BAJU OREN) DIA NI NAMPAK JE KURUS TAPI KEJA DIA BAWAK LORI PASIR BEBB.....

Saturday, December 20, 2008

BARANG PERTAMA YANG AKU JUA MELALUI MUDAH.COM.MY




Hari ini aku dapat jual juga akhirnya monitor 17'' aku dekat mudah.com.my.aku jua murah je berbanding dengan orang lain iaitu hanya RM100 kalau dekat kedai yang 2nd ni mau tak dekat Rm150 aku kira jualmurah je lagipun duk letak umah xguna dah jugak setakat pc rosak terus paka laptop.
lepas test n servis tu terus orang datang tengok dan ambik je. si pembeli pun orang yang buka kedai komputer jugak. kalau nak kira sayang tu memang sayang la dekat monitor lagipun dah lama ia bersama dengan aku ni. setiapari aku tengok ia tapi bermula pada hari ini maka xdapatlah aku melihat ia lagi kecuali gambar jelah yang ada dengan aku.

Monday, December 15, 2008

TERLALU SIBUK SEKARANG NIH..........

Susah sekarang untuk gua masuk& update gua punya blog lagipun line yang terlalu slow membuatkan aku xdapat sangat untuk melayari internet. Gua memang rindu nak chating ngan kawan2 yang mengenali diri gua ni dalam dunia cyber or in true world that we live.
Nak buka kedai pun gua masih xdapat lagi untuk buka sebab the weather still not change yet always raining here.
I willbe back with more new story to share with you all...............

LIVE, DIE, SUFFER & HAVE A NIGHTMARE BE THE SLIPKNOT

Thursday, November 20, 2008

REZEKI MUSIM HUJAN






semalam hujan turun memang lebat giler gua cakap lu...gua tido memang best nyenyak..pagi tadi bangun terus abang aku cakap "gi tehe pukat nuh". aku yang tegah mamai lagi ni terus ler tengok air kat belakang umah aku yang sememangnya luas dengan sawah padi. air banyak beb sebab hujan lebat giler semalam. apa lagi aku pun pergi tengok la...ada ikan tak so memang ada la ikan tu banyak terus aku berlari balik umah nak ambik pukat la apa lagi huhu......boleh tahan pukat bestnyer memang hobi aku musim hujan boleh main memukat.
tegah uk mukat pun belum siap lagi ikan dah mengena beb dalam hujan aku memukat xdok rasa sejuk dah tegok ikan banyak yang kena. spesis yang kena ikan terbuk,sepat, puyu dan ikan memperas. hui best giler yang paling banyak dapat ika terbuk sampai penat nak lepas kat pukat tu. petang sakni dah kurang yang kena kat pukt tengok besok la pulak ye.....
IKAN PATIN YANG ABANG AKU PEGANG TU DAPAT KAT SUNGAI LUBUK JONG PASIR MAS DALAM 9KG JE SEMALAM.

Wednesday, November 19, 2008

KOLEKSI GAMBAR KUCING PELIHARAAN & TERBIAR

KESAKITAN DAN KESEDIHAN SI KUCING TIADA SIAPA TAU.


Gambar kucing di atas ini adalah kucing peliharaan kawan aku JIDIN. cuba fikir apa yang di fikirkan oleh seekor kucing seperti diatas ni? cuba renung wajah kesedihan dan kesakitan yang di tanggung kucing ini? kucing JIDIN ni agak istimewa kerana walaupun dia sakit tapi masih lagi di sayangi oleh tuannya.

kucing ini mengalami masalah lembik atau pun mungkin akan lumpuh dari paras pinggang kebawah. apabila ia cuba untuk berjalan si kucing ini tidak dapat berjalan dengan sempurna kadangkala ia terpaksa mengesot kerana kaki belakang jadi lembik tiba-tiba.

aku melihat sendiri bagaimana kucing ini cuba untuk memanjat tangga rumah dan amat sedih sekali kerana hanya 3 anak tangga pun mengambil masa yang agak lama buat si kucing ini untuk panjat. aku dapat tau kucing ini sakit akibat terjatuh dari tempat tinggi. walaupun ia sakit tapi tetaplagi di sayangi oleh tuannya betapa bertuh si kucing ini.

ANDAI SESIAPA YANG TAU APA UBAT UNTUK SEMBUHKAN KESAKITANNYA SILALAH BGTAU YE.....aku mahu melihat si kucing ini sihat seperti kucing yang lain lincah bermain...

SEPERTI KITA ADA RASA KASIH DAN SAYANG BEGITU JUGA HAIWAN.

KUCING DI TAMAN TENGKU ANIS

Ini adalah antara gambar kucing yang sempat aku rakamkan ketika aku pergi pancing di INFO GALERI SUNGAI GOLOK TAMAN TENGKU ANIS. Kucing disana semuanya tiada tuan sebaliknya hanya kucing liar dan ada antaranya kucing yang di buang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab sebbnya di taman tersebut terlalu jauh dengan kawasan rumah orang. Kucing disana hanya hidupbergantung kepada orang yang pergi memancing disana yang membawa umpan ikan atau udang untuk memancing. hanya waktu itu saja kucing ni dapat makan. Aku sendiri pernah terjumpa beberapa ekor rangka kucing yang telah mati di celah batu di kawasan taman tersebut. Kucing itu mungkin mati kelaparan atau memang sengaja di pukul oleh pemancing di situ kerana mencuri umpan ikan yang di bawa untuk memancing. Sebenarnya kita tidak boleh salahkan kucing itu juga KERANA UNTUK HIDUP MEREKA JUGA HARUS MAKAN......
Sedih aku melihat kucing disana. hanya sedikit dapat ku rakam disana sedangkan memang banyak kucing di taman tersebut. SAYANGILAH KUCING ANDA KERANA KUCING ADALAH HAIWAN KESAYANGAN NABI MUHAMMA
D S.A.W




DIBUANG TANPA BELAS ANAK-ANAK KECIL.




KESIAN PADA ANAK KECIL INI.belum lagi besar telah di buang oleh makhluk yang bernama manusia di tepi semak yang jauh dari rumah orang. Apa dosa mereka?

Aku terjumpa kucing ini di tepi lebuh raya dalam keadaan kelaparan bersama ibunya. pada mulanya aku hanya melihat si ibu di tepi jalan tetapi selepas aku berhenti untuk melihat waktu tu jugalah keluar 3 ekor anak yang masih kecil dari semak .dek kesian melihat aku terus memecut motor pulang ke rumah untuk mengambil makanan kucing. semasa memberi makan kawan aku ropi datang dan melihat kucing 3 beranakni terus nak ambil pulang kerana anak2 kucing tu terlalu cute. hasrat ropimemang baik tapi waktu tu xdapat nak di bawa pulang kerana dia dalam perjalanan pergi memancing. dia berjanji untuk datang malam sedikit.

Tapi sayang malam tu aku terlihat salah sekor anak kucing itu telah di langgar kereta sedangkan jauh lagi dengan jalan aku bingung macamana anak kucing tu boleh pergi ke atas lebuh raya yang tinggi? aku pergi semula mencari ibu dan anak kucing yang lain semua tiada.

Terus aku telefon tanya ropi ada dia datang ambil rupanya dia belum datang lagi ambil.MANA MEREKA?...............KESIAN ANAK KECIL ITU ..................





Friday, November 14, 2008

PANCING DI TAMAN TENGKU ANIS










Ni antara gambar yang aku dan kawan2 aku pergi pancing di INFO GALERI SUNGAI GOLOK TAMAN TENGKU ANIS tempatnya di PANTAI GENTING. taman ini terletak antara sempadan MALAYSIA dan THAILAND. kami semua tibapada waktu malam antara pukul 9 pada 13 NOV 08. perjalanan kami malam tu agak sedih kerana hujan turun dengan lebat sekali menyebabkan kami tidak dapat merakamkan gambar pada malam itu walaupun kami memancing dalam keadaan air pasang besar yang luar biasa.
Walaupun dalam hujan yang lebat itu abang aku JOE dan JIDIN berjaya mendaratkan seekor seorang ikan BEDUKANG tapi aku xdapat merakamkan gambar kerana hujan yang lebat. ikan itu kami lepaskan semula (CATCH & RELEASE). kami hanya dapat pancing sekejap sahaja kerana hujan terlalu lebat menyebabkan kami terpaksa mencari tempat untuk berteduh. di taman itu memang banyak pondok di sediakan tetapi semuanya basah akibat hujan lebat dan angin yang kuat. Derungan air ombak menghempas pantai dapat di dengar dari jarak 800meter memang menakutkan.....
Kami terpaksa berteduh di bawah bangunan galeri kerana di situ sahaja tempat yang dapat kami berteduh. tunggu punya tunggu hujan tidak berhenti sampai pagi kami terpaksalah tidur di situ dalam keadaan yang sejuk dek hujan yang lebat dan angin yang kencang. sehingga pukul 7 pagi hujan turun. MEMANCING KALI INI MEMANG SEDIH SEKALIXDAPAT NAK PANCING WOOOO....... SEDIH WO.....HAHAHAHAHA

Sunday, November 9, 2008

AKU JUMPA DUIT LERR.......

Petang tadi tengah sibuk aku duk nak kira duit jualan secara xsengaja aku pun terpandang kat tepi jalan tepi gerai aku la dan masa tu la jugak aku ternampak sekeping wang kertas warna merah & tentulah korang tau berapa ringgit yang aku jumpa tuh apa lagi not RM10.00 la.orang ramai duk lalu lalang depan gerai aku tu tapi sorang pn xnampak duit tu. kesian la kat sapa yang tercicir duit tu. kalu orang kaya xpolah duit xhabis nak makan tapi kalau orang miskin macamana?mesti sedih tuan dia. duit tu masih ada dalam simpanan di gerai aku. seperti biasa la setiap kali jumpa duit depan gerai aku mesti aku simpan dulu lepas tu baru la aku bawak pegi masuk dalam tabung masjid lagipun masjid ni sebelah geri jualan aku jerrrr....
So ada sapa2 yang tercicir duit sampai kat depan gerai aku ko? kalu ada bgtau ler....ini kali yang ke berapa aku memang xingat dah duit not RM10.00 yang orang jatuh depan gerai aku nih biasa yang not RM1.00 je orang cicir tapi sekali tercicir
tu 2,3 keping la gak.

DUIT SAPA NIH?AKU SERTA GAMBAR SKALI